Ahad, 4 Oktober 2009

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk
mengamalkan kepercayaannya. ..
tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim
dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana
memperhambakan diri kepada Tuhannya...
tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. ..
tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti
dibebaskan!

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian
mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak
boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia
dikatakan punyai bakat...
tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan
tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak
dikaitkan...
tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan
jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain
hidup, dia amat disanjungi.. .
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk
menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas...
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya keretanya tidak pernah dipertikaikan. ..
tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-QuranulKarim?

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Wallahu`alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan