Isnin, 5 Oktober 2009

KoRanG LaHiR HaRi ApE?????

ISNIN

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,
berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi
pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan
kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu
mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan
kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang
membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak
sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar
dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan
orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu
rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah
terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat,
tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi
perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan
berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam
pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka
mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai
simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak
seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal
kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya
tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
var curDiv = document.getElementById('ln48');
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika
bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun
sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka
menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya
dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai
mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami,
akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak
pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga
diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan
perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan
rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan,
bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah
berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat
teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak
suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak
hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai
cita-cita


aku pun not sure la btol ke ?
aku lahir hari rabu...
ade la sket2 yg kne ngan aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan